Make your own free website on Tripod.com

home pengenalan adat resam

KRAFTANGAN | TARIAN | BAHASA | PAKAIAN |

tarian bahasa pakaian

http://kenalisabah.tripod.com SELAMAT DATANG KE kenalisabah.tripod.com

UTAMA


HOME
PENGENALAN
ADAT RESAM
Sewaktu Mengandung
Semasa Bersalin
Selepas Kelahiran
TARIAN
BAHASA
PAKAIAN
KRAFTANGAN
MAKANAN TRADISI

MASA




GAMBAR


Tarian Limbai

Kaum Bajau bermain alat muzik

Tarian Daling-daling


PENGENALAN


Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia . Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan.

Sabah yang dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu merupakan sebuah negara yang unik dan terkenal dengan kepelbagaian kebudayaan suku kaumnya. Sabah juga dirahmati dengan penduduk berbilang kaum. Masyarakat aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang daripada 80 dialek.

Kumpulan etnik yang utama adalah Kadazandusun (merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah), Murut, Paitan dan Bajau. Kumpulan penduduk asli yang lain termasuk Bonggi, Iranun, Ida'an dan Brunei. Sebagai tambahan, kaum cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang masing-masing. Berikut akan dipaparkan maklumat berkaitan amalan dan adat resam,tarian,bahasa dan pakaian bagi suku kaum Bajau di Sabah.

Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Samporna dan Kota Belud. Dari segi sejarahnya, kaum lelaki di kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir.















KALENDAR



DENGAR LAGU